..............

Tuesday, November 29, 2011

autisme : minda

Minda kanak-kanak autisme lebih tajam



Minda kanak-kanak autisme lebih tajam
KUALA LUMPUR 14 Julai - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran mendapati kanak-kanak autistik (menderitai autisme) mempunyai ketajaman minda yang lebih hebat berbanding kanak-kanak normal.

Penolong Pengarahnya, Abdul Rahaman Mohd. Darus berkata, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan golongan terbabit, mereka didapati mampu mempelajari dan mengingati perkara yang mereka minati dengan cekap dan cepat tanpa sebarang bantuan daripada tenaga pengajar.

"Saya pernah menemui seorang kanak-kanak autistik berbangsa Cina yang berumur 12 tahun, mampu menulis lima baris doa harian yang tertulis pada dinding sebuah kelas Pendidikan Islam dengan lengkap baris tajwidnya tanpa diberi latihan khusus.

"Kami hanya menyedari kelebihan kanak-kanak itu selepas tiga tahun beliau secara rutin melintasi kelas Pendidikan Islam tersebut untuk menghadiri kelas pendidikan moral yang bersebelahan dengannya," katanya selepas majlis perasmian Seminar Mempertingkatkan Kesedaran bagi Kanak-kanak Autisme di sini semalam.

Namun begitu, beliau berkata, kelemahan komunikasi golongan autistik adalah punca ibu bapa mereka gagal mencungkil kebolehan yang tersembunyi itu.

Katanya, minda golongan autistik boleh menyerap perkara tertentu yang berlaku di sekeliling mereka dengan cepat walaupun secara zahirnya mereka kelihatan seolah-olah dalam kebingungan.

Bagaimanapun, Abdul Rahaman berkata, golongan itu lebih suka berada dalam dunianya sendiri dan degil untuk berkomunikasi dengan masyarakat menyebabkan mereka dianggap membebankan dan berpenyakit bagi sesetengah pihak.

"Apa yang lebih merisaukan ialah jika golongan autistik ini tidak dilatih dengan betul, mereka
berkemungkinan akan hilang tumpuan kepada semua perkara yang ada di keliling mereka," katanya.

Oleh itu, katanya, ibu bapa diharap dapat mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran agar mereka dapat dilatih untuk berkomunikasi secara normal.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak berkata, kehadiran pakar-pakar dari Kementerian Pelajaran diharapkan berupaya membantu golongan terbabit.

Beliau berkata, seminar seperti itu membolehkan ibu bapa mengetahui cara yang lebih efektif untuk membimbing anak-anak autistik.

Golongan autistik mula dikesan sejak tahun 1960-an dan didapati kanak-kanak golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak biasa serta mempunyai bakat yang tersendiri seperti melukis, fotografi serta menyanyi.
- Bernama

Thursday, November 24, 2011

special tuk rumate terchenta :)


r.i.n.d.u
m.i.s.s
k.a.m.u


h.e.p.i 
n
s.m.i.l.e
a.l.w.a.y.s


b.e
s.t.r.o.n.g



a.k.u
a.l.w.a.y.s 
a.d.a
u.n.t.u.k
k.a.m.u


p/s : saja..tb2 teringat plak rumate terchenta kat putrajaya sana nun..owhh..sgt rindu la sama ini orang..rindu juta2 lemon..hehe...kalau ko baca aku doakan semua2 yg terbaik tuk ko..aku always ada tuk ko..sila rindu aku jugak..ehehhee..take care

dunia mereka~



Salam..lama sgt dh aku x updated blog ni..kebizian yang terlampau..lps satu,satu...hurmm..ni pun bizi..tp js wat2 free2..hehe..arini hari ke 4 kelas...eh,lupa..aku kat IPG ipoh...yup..saat2 yg paling aku x bape nk gemar..KELAS..KELAS..KELAS dan KELAS..tp sbnrnya byk sgt benda aku blaja..antara ayat2 yang melekat kuat dlm kepala aku, yg buat aku sedar betapa beruntungnya aku dikurniakan rezeki  bersama insan2 yg istimewa tempatnya disisi ALLAH S.W.T.. ayat yg wat aku sedar betapa beruntungnya aku dr org2 lain..

pertanyaan seorang lecture : " pernahkah kamu selalu sakit selsema or demam ke batuk ke , gatal2 ke pe2 la yg mudah berjangkit?walaupun kita selalu dengan anak2 ini, yg mmg xbleh dipisahkan dr selsema, batuk, masalah2 sakit yg lain, tp kita tetap sihat..ssh nk dijangkiti"...........Aah..aku tiba2 br tersedar..betul pe lecturer aku ckp. mmg aku br terpikir..selama ni xpenah terlintas..pdhal aku hari2 terdedah dengan penyakit2 tu..sebelum2 ni, selsema dengan aku mmg xdpt dipisahkan..skrg Alhamdulillah..semakin jarang..kuasa Allah..betapa istimewanya anak2 ini..

Yup..betul..mereka x sesempurna kita..mereka serba kekurangan..namun, mereka memiliki segala kelebihan akhirat...segala keberkatan dunia..segala keindahan syurga...betapa bertuahnya mereka2..aku bersyukur sgt aku diberi peluang untuk membantu mereka meneruskan kehidupan di sebalik kekurangan mereka di dunia.. 

Last week aku terlibat dengan satu pameran sempena Pertandingan Qoir Kod Tangan Kebangsaan.. di mna penyertaan adalah dari murid2 yg mengalami masalah pendengaran atau dalam bhsa yg selalu disebut pekak bisu.  dr seluruh Malaysia mereka berkumpul..Tiba2 rasa mcm sebak..bila tgk mereka berbual dgn bhsa isyarat dgn kwn2 mereka..dlm kepala aku terlintas.." mcm mana la kalau aku ditempat diorng?"..hurmm..bila ramai2 berkumpul, baru aku perasan..betapa ramainya mereka2 yg menghadapi kekurangan dlm hidup.yg ada depan aku hanyalah mereka yg menyertai acara, belum campur dengan yg di luar sana, yg di sekolah2 lain..sayu je rasa bila ingat  :(  ALHAMDULILLAH aku dilahirkan seperti mana aku sekarang...xboleh bayangkan kalau aku di tempat mereka2 ni...x termampu nk bayangkan rasanya  :(

Bln lps juga aku ada join Dinner LMS..di mn kami di bwh bmbung P.Khas berkumpul..tgk persembahan ank2  down syndrome..perasaan dh campur2 mcm rojak..de rasa teruja,hepi,sayu, sedih, mcm2 la...mereka seharusnya diberi peluang untuk menikmati hidup seperti org2 biasa yg lain...sedih bila ada org hanya pandang ank2 ni sebelah mata je..dh la pandang sebelah mata, penuh perasaan jijik, benci..YaAllah..jauhkanlah aku dari sifat yg begitu..aku syg mereka..walaupun ada antara mereka yg baru pertama kali aku jmpa..tp rasa mcm rapat..mereka cepat mesra..cepat syg,,cepat menunjukkan kasih mereka kat kita..itulah keistimewaan mereka yg tiada pd kita..dgn muka yg comel, suci bisa buat bikin hati panas jadi sejuk hanya dengan mengusap kepala mereka,hanya dgn senyuman mereka, hanya dengan pelukan mereka..hanya dalam sekelip mata kita akan jth kasih,jth syg dengan mereka2..sebagai seorang yg selalu ada dengan insan2 seperti mereka, aku hanya mampu mendoakan yg terbaik utk mereka, membantu mereka sedaya yg boleh, menyayangi mereka sebanyak yg boleh..insyaAllah..demi cinta aku kepada anak2 ni...